Our Friendship

Our Friendship

Sunday, August 25, 2013

CaraBaikPunyer!


Cara memakai selendang


Cara-cara memakai selendang.

ok, ada beberapa orang kawan yang sebelum ni tanya cara nak pakai selendang so,kali ni nak tunjuk cara pakai selendang kepada kakak-kakak,adik-adik…abang-abang-abang pun boleh jugak lah~ hew hew hew tapi korang jangan gelak pulak…muka memang nampak lawak, sebab tak tau nak buat muka camna. sila gelak dalam hati sahaja…
cara pakai selendang yang nak ditunjukkan ni ada 3 cara.
1. cara basic pakai oblong scarf (saiz tie rack)
2. cara pakai square scarf (saiz tie rack)
3.cara pakai oblong scarf luar biasa.hehehe..yang ni kena guna 2 scarve
Cara-cara memakai oblong scarf/selendang

1. Pinkan tudung macam biasa, bagi scarf di kedua-dua belah sama panjang.tapi takperlu buat gaya macam ni kalau tak mau dibuli di sekolah…buruk bebenor rupa (-_-”)

2. Ambil sebelah(kiri atau kanan) scarf dan lilitkan di kepala. Perlu senyum begini ya, agar tampak manis. kan manis jer gadis di dalam gambar ni…hew hew hew

3. pinkan hujung selendang yang dililit tadi di bahagian tepi. pinkan juga di bahagian atas kepala supaya scarf tak jatuh ke bawah. harap abaikan double chin itu. si punya badan malas berdiet.

4. selepas itu, kita perlu beri renungan tajam dan menggoda setelah puas orang mengutuk kita sebentar tadi.

5. ambil lagi satu belah scarf tadi untuk dipinkan di bahagian bahu

6. pinkan scarf di bahagian bahu.

7. setelah siap, sila strike a pose.

8. pandangan dari tepi.

9. pandangan dari belakang.
Cara-cara memakai square scarf/tudung 



1. ambil mana-mana sisi tudung dan pinkan tudung seperti biasa.

2. ambil bahagian kiri/kanan tudung untuk dililitkan di kepala (peringatan:bukan kepala lutut)
err..korang takyah buat kot gaya kelawar camni.
3.bahagian yang diambil tadi di tarik ke depan, seperti dalam gambar ye.

4. lilitkan di kepala dan pinkan. tak perlu lilit sampai habis. sekadar sampai di atas kepala saja.err..faham ke? maksudnya tak perlu lilit sampai ke depan(dagu).cuma sekadar nak pin di bahagian atas kepala sahaja. kalau tak faham..boleh tanya yer.boleh rujuk gambar dari belakang.

5. ambil lagi satu bahagian tudung lagi(kiri/kanan) untuk dipinkan di bahu.kemaskan sebelum pin.

6. pinkan tudung di kedua-dua belah bahu supaya lebih fix.

7. sudah siap! pandangan dari depan. boleh juga pose konon-konon ayu seperti model di atas. huahuahua

8.pandangan dari tepi.

9. pandangan dari belakang.
Cara-cara memakai 2 scarves
1.ambil scarf 1( plain/tiada corak) dan buatkan segitiga di salah satu hujung scarf.


2. gunakan bahagian segitiga tadi untuk dipakai dan pinkan seperti biasa.




3. ambil scarf ke-2 (bercorak) dan pakai seperti dalam gambar.pinkan bersama-sama scarf pertama tadi. pastikan scarf ini panjang sebelah.

4. ambil kedua-dua scarves bahagian yang panjang dan lilitkan di atas kepala. sila tidak peduli muka model.cubaan model buat muka kucing cute .
5. selepas lilit, akan jadi seperti ini ya kawan-kawan.
6. kemudian, ambil scarf pertama(plain/ tiada corak) sahaja dan lilitkan sekali lagi.
7. pinkan scarf plain/tiada corak di tepi seperti dalam gambar.
8. kemudian, ambil scarf yang bercorak tadi dan pinkan di bahu.


9. sudah siap! pandangan dari hadapan.
10. ini step paling penting ya! sila buat muka bajet…janji comel.hahaha
11. pandangan dari belakang.
Mudah bukan? korang boleh lah..cuba di rumah.. ni saye dapat daripada http://arowanateacher.wordpress.com/
kalau tak jadi,cuba lagi. sebab lain scarf lain saiznya…so kena pandai-pandai adjust sendiri lah.
cuma, apa yang penting…kerjasama!(wonderpet)
hehehe…ok, sekian.

BaikPunyer!

TIPS TERBAIK CARA UNTUK MEMAKAI SHAWL BAGI YANG BERWAJAH BULAT =)

Assalamualaikum =)
  Hi ! Hello youalls.Semoga semua berada dalam keaadaan sihat sejahtera ye InsyaAllah Sathirah doakan untuk orang yang sedang baca blog ni ye,Amin. Ok sebelum ni Sathirah ada shared pasal tudung bawal yang murah kan and sekarang sebenarnya tak lari daripada context bawal tu sendiri. Ha macam mana tu ? Nak tahu tips bagaimana cara untuk memakai shawl atau orang melayu kata selendang untuk yang berwajah bulat okay now here we go =)
  Sesetengah orang yang berwajah bulat ni dia tak kisah pun nak pakai shawl macam biasa sebab dia sendiri yang dapat menilai tahap kecantikan dan keselesaan dia. Tapi untuk sesetengah orang ni pulak complain,kalau pakai shawl nanti muka bertambah bulat lah,shawl melekat dekat muka lah,susah nak bentuk lah dan macam-macam. So untuk orang yang macam ni boleh ikut tips Sathirah ni InsyaAllah boleh membantu =)
  Mesti youalls tahukan antara cara pakai shawl bagi orang yang berwajah bulat ialah dengan memakai anak tudung yang dah siap dengan awning tu. Bagi Sathirah lah kan Sathirah tak suka anak tudung tu sebab awning dia tu mudah kedut so bila pakai for sure tak cantik dah. Another cara yang biasa ialah tetaskan hujung anak tudung syria tu mengikut bentuk muka kita. Bila fikir balik,tak kan semua anak tudung nak ditetas ? Nampak tak pembaziran sedangkan anak tudung tu boleh pakai dengan tudung lain.
  Jadi setelah 3 perenggan sathirah membebel akhirnya tips terbaik untuk memakai shawl bagi orang yang berwajah bulat dan untuk orang yang cakap shawl ni ala-ala susah di bentuk ialah dengan cara memakai inner bawal. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu inner bawal boleh tengok gambar di bawah =)
                                         
                                                
  Material dia sama macam tudung bawal atau boleh jugak disamakan macam tudung bawal cuma bezanya ialah saiz je.Walauapa pun cara ni sangatlah best. Kalau nak tahu macam mana boleh beli satu dulu,cuba dan lihatlah sendiri.Ini adalah antara contoh rupa orang yang pakai inner bawal. Sathirah ambik dari blog ZoeyZauyah =)

  
  Cantik kan ? InsyaAllah semua orang sesuai terutama sekali orang yang bermasalah nak pakai shawl ni. Inner bawal ni jugak boleh digayakan mengikut kreativiti. InsyaAllah next time Sathirah akan share kedai mana yang jual inner bawal ni murah-murah so boleh lah korang borong kan ? Di harap info ni membantu buat youalls semua.
  Teruskan sharing apa-apa info pasal inner bawal ni supaya kita dapat tahu sama-sama and cadangankan apa-apa perkara untuk Sayza terus menaip di ruangan comment okay. Di kesempatan ini Sayza nak mengucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. Salam Sayang Sayza buat semua,jaga diri. Assalamualaikum.

Bye =)

Tuesday, December 6, 2011

Tutorial:Shoutbox dengan background comel


Tak perlu gosok-gosok mata kerana ini memang realiti.Menaip di tengah malam untuk membuat tutorial adalah satu perkara yang boleh membuat anda terharu.*memang taklah kan!*

Ok,back to the topic.Nampak tak shoutbox yang comel ada budak perempuan yang comel pegang bakul ada bunga tu?Gigih aku main photoshop tengah-tengah malam ni nak buat background tu.Sebelum tu kena terima kasih kat Una,sebabnya aku jumpa tuto ni kat blog dia.Cara nak bagi cantik?Pandai-pandailah asah otak sendiri.hahaha*gelak jahat*

Amaran keras dengan nada paling sopan dan ayu *kelip-kelip mata*.Anda perlulah pandai bermain dengan coding.Jangan dua tiga kali buat tak dapat nak merengek tak jadi.Aku buat ni lebih 12 kali.Serius tak tipu.Nak adjust kasi masuk ngam-ngam bukan kerja sekali buat.Faham?So,here we go:

First,korang pergi dekat Dashboard>Design>Add gadget>HTML/Javascript.
Lepas tu,sila copy code kat bawah ni. *ctrl+c*


<center><div id="edited" style="width:250px; height:190px; background:url(BACKGROUND SHOUTBOX) no-repeat left top; padding-top:65px; padding-left:0px; position:relative" align="center">SHOUTMIX CODE</div></center>
Sila ambil perhatian dan jangan kelip mata untuk 20saat.Ok saya bergurau.

Tulisan berwarna Merah:
Masukkan url gambar yang korang suka.Una ada bagi background untuk korang.Sila bagitau dia kalau nak pakai ok.But,sebelum ambik background tu sila tengok tuto yang Una buat.Bagi mengelakkan kesilapan nak ubah size semua tu.

Tulisan berwarna Ungu:
Ini kes kalau korang terlebih kreatif macam aku.*ehem* nak buat background sendiri pakai photoshop,korang kena adjust code ni sampai shoutbox korang tu terletak molek je dalam background tu.Ini memerlukan kesabaran ye.

Tulisan berwarna Biru:
Pastekan code shoutbox korang.Dan jangan lupa resize semula kalau korang buat background sendiri.Kalau pakai background Una,sila ikut tuto dia.

Ok,kekok ok nak buat tutorial.Dah lama kot tak buat.Ingaaat,bagi tahu Una kalau korang nak guna background yang dia sediakan.

Saturday, August 24, 2013

Tanda2 Kite Sukakan Seseorang ^_^

~Tanda kita sukakan seseorang 2

Assalamualaikum...

Sebelum ini EN ada buat entry yang sama kat atas kan. So sekarang nak sambung.

Kali ni nak cakap tanda-tanda tu dari sudut pandangan EN, iaitu apa yang  pernah dirasai bila menyukai seseorang ahakss, gatai no.

...........................................................................................................................

Pertama : Jantung tiba-tiba rasa dupdap2. walaupun baru kali pertama jumpa. Kira macam jatuh tangga ehh jatuh cintan pandang pertama. Cehwah. Tapi bagi yang dah lama kenal, tanda ini juga boleh diguna pakai. Kira macam berdebar-debar bila berjumpa atau berkata2 dengan si dia.


Kedua : Percakapan jadi kucar-kacir. Apa yang kita cuba sampaikan tak tercapai. Haishh susah betol nak susun ayat. Dan apatah lagi bila dia tegur kita secara tiba-tiba. Alahai. Kelu lidah tidak terkata.


Ketiga : Tak boleh pandang muka dia. Tapi sebenarnya kita akan pandang dia secara senyap2. Bila tak ada orang perasan, mata kita sebenarnya tertumpu kat dia je secara halus atau sembunyi. Nak nak kalau kita nampak si dia dari jauh. Spy in action.


Ke-4(ishh malas type no,spe suruh) : Mukanya terngiang-ngiang di kepala. Ia berlaku tak kira masa, tiba-tiba time kita makan si lauk ikan itu berubah menjadi kepala si dia. Jadi kita pun tak lalu nak makan sebab tak sampai hati nak makan kepala dia hahaha,itu sudah menipu namanya. Makan tetap makan. Contoh lain, time kita nak study, mukanya menembusi buku dan kita terpaksa merenung buku itu akan tetapi satu apa pun dalam buku tu kita tak dapat. (ayat tunggang langgang harap boleh terjemah sendiri)


Ke-5 : Rasa cemburu atau jealous. Bila dia didekati makhluk yang sejenis dengan kita (uishh kasar no bahasa, i'm sorry) iaitu dengan kata lain perempuan lain, tiba-tiba kita terjealous sambil hentak2 kaki. Padahal si dia itu bukanlah kepunyaan kita pun atau BF atau suami kita pun. 


Ke-6 : Rasa ingin tahu. Secara tak sengaja kita akan cuba mengorek rahsia si dia dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Interested la konon. Dari hal keluarganya, asal usulnya sampai lah ke jenis darah dia kita nak tahu. Masalahnya,perlukah tahu darah dia jenis apa haa?? 


Ke-7 : Haa sambung sendiri lah. Banyak lagi la kot tanda2 seperti, mandi pun tak basah makan pun tak kenyang walaupun mandi tak basah sebab mandi style P Ramlee.

................................................................................................................................